iNFO : Gadis Hamil Selepas Pakai Selimut Adik Lelakinya !


Alor Pongsu - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terkejut apabila diberitahu doktor bahawa dia mengandung semasa dia sedang buat pemeriksaan kerana tidak datang haid.

Selepas disoal siasat , gadis itu mengaku tidak pernah melakukan persetubuhan.

Ditanya tentang perkara perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan , gadis itu mengakui bahawa dia pernah menggunakan selimut kepunyaan adik lelakinya yang berumur 15 tahun.

Pakar Perubatan mengesahkan bahawa , gadis itu mengandung selepas menggunakan selimut adiknya yang mengandungi sperma hidup.

Logik ke ? Erm..

iNFO : Misteri Kondom Bersepah Tiap Pagi Terungkai !

Bandung - Bagi penduduk Kampung Merdeka, mereka ada masalah jelek sejak beberapa ketika dulu - taburan kondom terpakai yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab.Biasanya, kondom terpakai itu ditemui di sepanjang Jalan Ermawar setiap pagi.

Bosan bersabar, akhirnya awal pagi semalam mereka melaksanakan pelan dirancang lebih awal untuk mencari siapa dalang di sebalik perbuatan tidak senonoh dan menjijikan itu.Semuanya terjawab kira-kira jam 1.30 pagi (waktu tempatan) apabila mereka menahan seorang lelaki dari Cibeunying Kolot, Cigadung, bernama Subandoro.



Lelaki terbabit ditangkap ketika sedang berasmara dengan seorang mak nyah dalam sebuah kereta.Sumber berkata, penduduk kampung menyerang dan membelasah Subandoro, 30, sebelum seorang ketua masyarakat setempat, Heru, tampil meleraikan keadaan.

Ketika disoal siasat, Subandoro mendakwa dia mabuk ketika itu.

“Subandoro juga nyaris mencederakan seorang daripada penduduk kampung yang membelasahnya kerana terkejut dan panik,” katanya.

Menurut sumber, Subandoro sering mendapatkan khidmat mak nyah untuk memuaskan nafsu setiap kali mabuk sedangkan dia sudah beristeri.


“Dia mengaku salah dan malu dengan perbuatannya,” katanya. - Agensi

iNFO : Kisah Seram..Tertangkap Gambar Susuk Makhluk Halus Berambut Panjang !


SERAM... Susuk makhluk halus ini ditangkap dalam kamera telefon bimbit milik seorang ibu yang cuba mengambil gambar anak perempuannya (dihadang oleh susuk berkenaan) di rumah baharu di Pantu baru-baru ini.
-MULA-

Seram. Itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu dari sebuah rumah panjang di kawasan daerah kecil Pantu apabila kamera telefon bimbit mereka tertangkap gambar makhluk halus baru-baru ini.


Kisah seram terbabit bermula apabila sebuah keluarga meninjau rumah baharu mereka yang masih sedang dibina dalam kawasan rumah panjang berkenaan pada waktu tengah hari. Memandangkan rumah baharu tersebut sedang memasuki fasa hampir siap, maka ibu bertindak menangkap beberapa gambar anak perempuannya di situ dengan menggunakan kamera telefon bimbit untuk diabadikan sebagai kenangan.



Tiba-tiba si ibu terkejut apabila mendapati salah satu gambar yang ditangkap olehnya mengandungi susuk makhluk halus berambut panjang, kata seorang penduduk dari rumah panjang itu ketika ditemui kelmarin.



Katanya, makhluk halus berkenaan telah memberi 'belakang' terhadap kamera telefon bimbit tersebut sehingga anak perempuan yang cuba digambarnya terhadang oleh susuk terbabit. Rumah baharu tersebut kononnya dibina di kawasan denai lama dalam rumah panjang berkenaan. Kata orang, laluan denai lama tersebut juga adalah merupakan laluan makhlus halus.



Justeru adalah dipercayai bahawa kedudukan rumah yang dibina atas laluan denai lama menyebabkan makhluk halus berkenaan muncul dalam kamera telefon bimbit tersebut, kata beliau.

-TAMAT-